Thursday, June 29, 2017

tewas

hari ini, aku tewas.
hari ini, aku bersujud dan aku tewas.

tuhanku,
yang maha mulia,
lagi maha pemurah..

adakah lagi ruang untuk aku dimaafkan atas segala dosa yang telah aku lakukan?
adakah lagi ruang untuk aku dimaafkan, selepas apa yang sudah berlaku?
aku menyesal. aku menyesal.

aku sangkakan aku kuat, tetapi aku tidak. hati aku disakiti, seperti ditikam bertubi-tubi.

selama ini aku diam, aku senyum, aku tawa, walaupun terpaksa.
tetapi hari ini aku tewas.

aku bersujud, lalu tanpa sedari,
berlinang air mata yang aku simpan selama ini..
aku lemah, aku tewas.

No comments:

Post a Comment